Search This Blog

Wednesday 15 August 2012

Kekasih remaja lelaki membakar teman wanitanya..

DIKEHENDAKI: KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT TENTANG BUDAK LELAKI INI SILA HUBUNGI BALAI POLIS BERDEKATAN, SUSPECT KES CUBAAN MEMBUNUH DGN MEMBAKAR MANGSA, DIA MENGGUNAKAN MOTORSIKAL HONDA EX5 BLN 3093! MINTAK TOLONG SHARE! NIE FB DIA -> http://www.facebook.com/dani.tiger.9 fb mangsa :http://www.facebook.com/nurul.firzanah.73 Kes ini memperlihatkan betapa dunia ini semakin kejam dan makin kembali kepada zaman jahiliah........... Harap rakan-rakan pembaca dapat membantu pihak polis dalam mencari remaja lelaki tersebut..
Hal ini juga menundang kemarahhan ramai pihak.. harap jika terjumpa remaja ini jgn lah bertindak tanpa akal...serahkan sahaja kepada polis untuk tindakan selanjutnya..

Thursday 16 February 2012

Comel tapi lawak...haha....

Haha... Terbahak-bahak tahap berkahak dibuatnya bila tengok balik wajah-wajah comel yang lawak ni. Layan sorang-sorang pulak tu, kompem jiran korang ingat korang bela hantu. Entah-entah korang pun ada dalam gambar ni kan. Haha.. apa-apa pun layan.

~Mungkin ada yang dah penah tgk..tapi tgk jela sekali lagi...pesalahnya..haha



                  Alahai..comelnya..haha...macam hangpa semua tak masa kecik-kecik..haha
                                                          (hai..nama kita manap..)


                        Kuat menganjing budak ni..haha...(mak..nak susoooouuuuuuu!!)

                                     Adik ni ngigau ke apa ni?(cepat la u kiss i..plz...sikit je..)

       E mo giler. Kalah penyokong bola sepak ni(arghh..tumbuk la john cena tu..lembab pnye underware)

                              Wah..side dia cantik punye...ni kalau tekan melantun..(Mak..nak ayam)

                              Kecik-kecik dah tunjuk bakat(mak..tgk mata bobo..kiut tak?)

                               Err....No komen(go to the hell la pakcik.!!kata org cengeng pulak!)

                                Kesian anak kecil ni...(kenapa sume org suke ketawakan Nini)

                                         Comel giler ar...takut aku(damn u all..hehe...i need some blood)
                        Ni kenapa pulak ni..tak dapat tgk kartun la tu(demi cinta..i sanggup buat apa saja utk u!)
Macam nak u'uk je...(aduh..sikit lagi nak kena-main nombor)

                  kejap2..belakang ni macam gambar aku..haha..comel gak ni....ni baru betul comel(yg belakang) jenaka(yang pegang kamera)..haha



Haha..untuk pengetahuan korang(kepada yang tak tahu la).penerangan tu buat sendiri je..tak ada kena mengena antara yang hidup, sedang koma, ataupun dah mati. semoga maju jaya kepada semua pembaca dan ketawa jgn xingat dunia...:D

Assalamualaikum...

Tuesday 14 February 2012

Tengku Sophia menghina Islam?Kebenarannya...

       Sekian lama saya tidak memperbaharui blog ini, kini saya kembali dengan beberapa pendapat yang patut sy kongsikan kepada anda, anda dan anda sekalian(terasa seperti ini tanggung jawab saya kepada masyarakat). Tidak kira tua atau muda, anda harus membaca sehingga habis untuk pemahaman yang penuh. Baiklah, berhenti untuk mukadimah yang terlalu panjang dan merepek ini kerana saya akan terus masuk kepada topik yang sedang hangat di laman "muka buku" atau pun nama sebenarnya facebook.com di mana masih panas dan hangat isu yang berkaitan dengan beberapa individu yang menghina islam dan negara Malaysia.
       Saya sendiri sebagai rakyat Malaysia serta telah dilahirkan sebagai bangsa melayu yang islam tentu sekali amat sedih dengan keadaan ini. Hal ini ditambah pula dengan nama pemilik akaun twitter/facebook tersebut merupakan nama yang lazim sebagai nama seorang islam di Asia tenggara ini dan penghinaan ini juga di tulis dalam bahasa Melayu dan kadang kala ada penggunaan ayat yang merupakan "loghat" dari seberang(indonesia). Bagi mencari kepastiaan mengenai isu ini(ya lah, isu ni pun tahu dalam FB dimana rakan2 menghantar gambar2 post dimana ada individu yg menhina islam) sy telah mengkaji beberapa blog dan pendapat orang ramai. Walaupun kajian saya agak tidak mendalam, namun agak berguna juga lah.
          Kebanyakkan pembaca pasti kenal dengan pengguna FB/twitter Tengku Sophia ini. Pengguna yang bernama TS(tengku Sophia) ini dikatakan menghina islam. Walaupun namanya ala2 muslim, namun dia sibuk menghina islam dan mengutuk ajaran2 islam. Gambar-gambar yang digunakan oleh TS ini pula menunjukkan wajahnya pastinya dapat kita lihat di persekitaran kita(malaysia atau indonesia). Jadi ini nyata menunjukkan dia rakyat antara dua negara ini bukan? A,a,a....jgn mudah melatah anda, anda dan anda semua. Ada beberapa persoalan yang dapat bermain di minda saya kerana bagi saya mengambil keputusan kepada sesuatu yang kita lihat sahaja seperti menelan tanpa mengunyah. Apa yang saya pikirkan ialah jika benar individu(mungkin sekumpulan) ialah orang yang bukannya palsu, kenapa dia berani melakukan hal ini. Daripada bahasa dan gambarnya, seperti tidak kena dengan personalitinya dan secara individu saya rasa TS ini takkan lama bertahan jika benar dia adalah orang yang benar2 melakukannya. Selain itu, agak terpikir juga saya, kenapa seorang remaja wanita perlu membangkitkan isu ini jika hal ini membahayakan diri nya sendiri. Jadi, setelah meneliti dan mengkaji, ada yg mengatakan akaun TS ini telah dihack dan terdapat akaunnya barunya yang asli. Kalau benarlahkan, alhamdulillah la. Tapi sungguh kasihan kepada tuan punya badan. Ada juga yang menyatakan dengan yakinnya(walaupun tanpa bukti) TS tidak wujud dan merupakan sekumpulan yang nak memecah belahkan keadaan. Wah..ini agak kejam.
              Apa-apa pun kepada pembaca, saya harap anda dapat mengkaji dahulu sebelum melatah dan memaki. Jadilah insan beriman yang tidak mudah dipengaruhi emosi. Berfikir menggunakan akal, bukan emosi(emo). Dan jika ada infomasi-insormasi yang boleh dikongsui, tolonglah kongsi disini bersama saya.


~pada mulanya nak uploadkan gambar-gambar status TS ni yang menghina islam dan beberapa status biasanya(anda dapat lihat perbezaan penggunaan bahasa dan ayat oleh TS, pelik bukan?), tibe2 jadi sedih pula.


~TS ini juga dikatakan menghina negara Malaysia!!


Disini terdapat beberapa link yang mungkin boleh menjadi rujukan anda :


http://fitrihadi.com/2011/12/akaun-twitter-tengku-sophia-palsu-aniaya/
http://kancut-beringas.blogspot.com/2012/02/misteri-tengku-sophia-si-setan-twitter.html?m=1


~ JANGAN MUDAH MEMAKI DAN MELATAH...SAPE YANG KONON NAK PANCUNG KEPALA TS TU PIKIR BETUL2...JANGAN TELAN NASIK TANPA KUNYAH(FALSAFAH BARU)

Friday 20 January 2012

MENGENAI ROKOK

Sunday, March 6, 2011
BERHENTILAH MEROKOK ATAU AKAN TERUS BERDOSA
RokoK sangat berbahaya, rokok dapat membuat kita ketagihan , bahkan ada yang lebih parah dari bahaya narkoba. Banyak dari kita yang meremehkan bahaya merokok buat kesehatan kita, dan dengan pasti mayakinkan pada orang yang melarang bahwa kita bisa nerhenti merokok suatu hari nanti. Semakin muda seseorang mulai merokok, maka semakin besar peluangnya menjadi perokok berat pada saat mereka dewasa. Merokok pada hai ini telah sampai pada tahap dimana mereka berbangga diri dengan merokok.
Di Israel, merokok di luar rumah adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka .

Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah MEREKA SENDIRI.

Banyak yang merokok dari kalagan kita, tetapi tidak tahu kenapa mereka merokok. Berbagai alasan bisa kita dapati dari mereka, jika kita ajukan soalan kenapa mereka merokok. Jawaban umum yang selalu kita dengar adalah saya merokok untuk toleransi berkawan, saya merokok untuk mencari inspirasi, jika tidak merokok saya tidak bisa berfikir, dan berbagai alasan lainnya yang tidak mungkin kita tulis semua disini. Padahal didalam islam kita dilarang untuk memudharatkan kita sendiri bahkan kita dilarang untuk melakukan sesuatu perkara tanpa kita tahu jelas secara ilmu kenapa kita melakukannya. Sebagaimana firman Allah :

Artinya : Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya. Al-Isra’ :36

Wednesday 18 January 2012

Hack Facebook Akaun?

Post ini merupakan post yang aku ambil dari sebuah laman web..untuk apa hack facebook org ni?



Posted by Arya Putra



Sekarang Facebook bukan lagi media untuk berkenalan sahaja. Ia merupakan satu FENOMENA, satu perasaan 'kebanggaan' kepada mereka yang mempunyai akaun dan kenalan dari seantero dunia.

Pelbagai peristiwa, sejarah, terakam melalui Facebook. Ada antaranya yang baik, cemerlang, tak kurang juga yang sedih dan tragis! Namun apabila kesemua ini bergabung berselirat, maka tidak hairanlah menggodam akaun Facebook menjadi KEGILAAN dan kemudian menjadi satu TREND kepada mereka yang mahukannya.<--- Amacam? Best tak intro? Haha Harimah Rahman!

Melalui kajian yang Mr.Hac lakukan, hampir 98% pembaca mahupun yang 'kebetulan' singgah ke blog ini lalu menghubungi Mr.Hac melalui ruangan Hubungi Admin mahukan cara yang paling SENANG untuk menggodam Facebook dan kalau boleh mahukan sebuah tool untuk melakukannya. Kata kunci 'how to hack facebook account' yang dulu menjadi kegemaran kini bertukar menjadi 'free facebook password hacking software'. Sudahlah mahukan yang PERCUMA, mahukan yang SENANG, tak mahu pula belajar dari asasnya! So now you're ready to listen to me? Lets move on..

Scam, Scam, Scam, s**t Totally Scam!

Keylogger - Fakta: Jika anda KERAP memuat turun pelbagai tool untuk KONONNYA dapat menggodam kata laluan Facebook secara PERCUMA dan MUDAH lagi SENANG tanpa memeningkan kepala dan hati anda yang malas, maka persiapkan lah komputer anda dengan ANTIVIRUS yang kuat dan dikemaskini secara kerap dan berkala. Kerana kebiasaannya tool yang KONONNYA PERCUMA lagi MUDAH digunakan ini mengandungi keylogger atau trojan di dalamnya. Nak lagi best? RAT.. Kalau dah mula rasa prestasi komputer mula menurun, maka jangan hairan jika duit dalam bank 'ghaib fi awalul basar', atau akaun-akaun anda yang lain pula dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
So you think you can hack huh?


Phisher - Fakta: Pernah guna tool yang KONONNYA meminta anda untuk memasukkan maklumat diri (credentials) seperti alamat e-mel serta kata laluan untuk dapat menggunakan tool tersebut, maka anda secara langsungnya memberikan maklumat sulit anda itu kepada pembuat tool berkenaan! Bagaimana pula tu? Mudah, apabila phishing melalui e-mel menjadi semakin sukar, maka tool yang bertindak sebagai 'phishing page' a.k.a phisher menggantikannya dengan menempatkan diri kepada dekstop anda atas kerelaan anda sendiri. Yap.. Apabila anda klik pada butang 'Hack' (atau apa saja yang tertera) ia akan memaparkan GUI seolah-olah 'hacking in progress'. Tapi akhir keputusannya ZERO, NADA, ZILCH. Nak yang percuma lagi kan?

Youtube - Fakta: Semuanya 'auta' belaka! Tiada satu pun tools yang datang dari Youtube diberikan secara PERCUMA tanpa ada Udang Di Sebalik Kejadian! Mahu apa lagi dari tool percuma?? Virus lah! Kalau tak percaya cuba muat turun salah satu tool yang mendakwa dapat menggodam Facebook dengan mudah.
Ada alert dari antivirus? Ada kan!
Err.. Habis tak kan takda langsung yang berkesan Mr.Hac? Tak ada lah cik adik!

Perkhidmatan Godam Dalam Talian - Fakta: Mereka yang mencipta laman web seperti ini tidak lain tidak bukan mahu menjana profit yang tinggi dari hasil KEMALASAN anda. Mungkin ada sesetengah dari anda yang sanggup membayar orang lain supaya godamkan akaun pasangan, kawan mahupun seteru (ada bukti dalam e-mel Mr.Hac). Orang seperti inilah target dalam kaedah pemasaran laman-laman web seperti itu. MUNGKIN, dan sekali lagi MUNGKIN ada yang benar, namun sanggupkah anda membayar dalam mata wang USD? Kalau sanggup dipersilakan. Tapi hasilnya tiada jaminan!

Sebelum anda terkena tolong beringat sikit dan tolong 'peringat' sama pada kawan-kawan yang ada niat seperti di atas. Jangan kerana tool kecil yang bersaiz tak sampai 1MB, seluruh hidup anda kucar kacir jadinya. Cuba rajin-rajinkan diri, pertingkatkan lagi ilmu anda, dan jadilah manusia yang dapat membezakan antara baik dan buruk realiti di dunia siber ini!
Petuanya, belajar Bahasa Inggeris pandai-pandai, ambil tahu 'bahasa IT' sampai cekap, InsyaAllah selamat.
So, saya di sini Mohd Zukhri bin Mustapha dapat menyimpulkan apa yg terurai ni, dimana senang cite xyah la nak hack2 akaun org ni..xde motif kot..lau ada pun niat yang xbaik...dan akhirnya memakan diri juga. sape yang susah? diri sendiri kan. lau nak gak suke ati korg la. tp pastikan anda sudah cukup ilmu dimana ilmu anda tu ada dari A-Z..tu je.. as salam..:)

Sunday 8 January 2012

Band perfomance

I hope u all will enjoy this...

Ketika ni kami perform di balai seni negara untuk satu program "showcase animation" uitm...

Harap-harap ada yang boleh bagi komen or cadangan...mengenai kesilapan kami sedar..kalau boleh tolong bagi komen yang boleh membangunkan kami dan sedikit cadangan agar band kami lebih maju....


Wednesday 28 December 2011

My Artwork (Saya budak baru belajar, tolong support)

Alkisah...............



KIMO

           Sekian lama tak update blog. Untuk pengetahuan umum, Kimo merupakan watak utama bagi short anmation sy. Meskipun Kimo ni watak utama, namun dia memiliki sifat-sifat negatif seperti tamak yang merugikan dia akhirnya. Apa-apa pun saksikan la. Lukisan diatas sy hasilkan baru pagi tadi. Masih kasar. Untuk melihat kemajuan dan perkembangan short animation sy ni, follow la.


Tarzan dan Jane 



          Yang ini pula animasi tarzan yang sy warnakan pada malam tadi. Percubaan pertama sebenarnya sejak saya baru menggunanakn bamboo, wicom. haha...bangga kot. saya harap pembaca akan terus mengikuti sy dan memberi sokongan serta doa. akhir kata saya sudah kan dengan sedikit pantun. 

"Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah jangan dibodoh-bodohkan."

              sekian, wabillahitaufiq walhidayah as salam....(mcm YB berucap dah)