Search This Blog

Tuesday 27 September 2011

My first video.....

       Sedar tak sedar dah lama gak sy telah meninggalkan pembikinan video. Niat dihati mmang nak wat balik. Nak wat dlm condition yang terbaik. Dgn kamera & software editor yang terbaik insya'allah sy akan bagi hiburan yang diselit mesej ke dalam video sy. Alhamdulillah idea byk melimpah ruah tp kesempatan belum ada. Maklumlah sibuk dgn dunia pembelajaran. Fokus dlm kewajiban menuntut ilmu. So, kepada yang sibuk nak sruh sy wat video tu, sbr2 lah. ok...dlm mse terdekat ni sy akan usahakan membikin video yang lebih baik. Bkn mengalah, tp belum ada kesempatan.Biodata antara video sy...4 TQ..!!                   
Antara video sy.....Biodata...http://youtu.be/T8dYXOd4JG

Diet cara Rasullullah

Ini adalah cara diet rasulullah yang di email kan oleh lecture sy sendiri iaitu penulis yang terkenal Hassan Muthalib. Beliau mengajar sy visual culture. Diet ini mungkin boleh dimanfaatkan oleh semua. Insya'allah.. TQ.!!


Hassan Muthalib:

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan & lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. 

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? takkan sakit perut ataupun keracunan makanan. 

Jangan makan SUSU + DAGING 

Jangan makan DAGING + IKAN 

Jangan makan IKAN + SUSU 

Jangan makan AYAM + SUSU 

Jangan makan IKAN + TELUR 

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD 

Jangan makan SUSU + CUKA 

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL 

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH  DAHULU, BARU MAKAN NASI. 

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI. 

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA & KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. 

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... cubalaa..... ......... ......... ......... . 
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. 

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. 
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. 

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- 

Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. 

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan & bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 k& ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Wassalam... 

Sama2lah kita mengamalkannya. ...... 

WallahuA'lam 

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 x kepadanya.


Saturday 24 September 2011

Hari yang memenatkan..

Aduh..!!penat sungguh la harini. Pagi2 lagi dah ada program. Ceramah bagai. Tp tak ape la, dpt memotivasikan diri & mendapat input2 yang berguna. Lepas je program terus je kena bergegas pergi puncak alam utk uruskan PTPTN. Ramai gila la. Alhamdulillah la dpt pelepasan bertulis terus bagi borang kepada pegawai. Kesian pula bila tengok kwn lain yang tak pergi program tp terus ke puncak alam dari pagi. Tunggu lama tp settle tak lagi. Apa-apa pun tq kat pengurusan hal ehwal murid kat puncak alam. Mereka & merekalah yang byk membantu. Rasa mcm nak bagi je sumbangan kewangan sebagai balasan tp msalahnye duit pun cukup2 nk beli chokie2 utk stok dua hari. Balik je kena settle assignment. Yeah..!!seronok la nak wat assignment(pura2). walau apa pun berlaku sy akan ambil semuanya secara positif. sebenarnya dari kesusahan la kita belajar dimana ianya juga salah satu jalan menuju kejayaan. TQ..!!

Friday 23 September 2011

Pembelajaran bersama Prof. A.Razak Mohaiden..

Harini sy bersama rakan2 byk belajar sesuatu yang baru di dalam kelas basic film yg dikelolai oleh Prof Razak sendiri. Prof pengarah filem yang paling byk menghasilkan filem di Malaysia setakat ini telah menceritakan pengalaman beliau disamping mengajar kami beza antara "filem" & "video". Terlalu panjang agaknye utk sy kan terang sepenuhnye tentang pembelajaran sy dikelas beliau setakat ini. Prof juga menjadikan anak muridnya yang kini telah menempa nama dlm bidang pengarahan(Farid Kamil) sebagai tauladan &contoh utk kami ikut. Prof juga mengajak kami utk tidak membuang masa ketika cuti sem. Kata beliau, timbalah pengalaman dgn mengikut pihak produksi menjalani shooting. Selain itu, agak menjadi cabaran bagi kami apabila diberi assignment menonton & membuat review tentang filem terbaru dri prof di panggung iaitu filem Raya Tak Jadi. Kata beliau, sokonglah industri perfileman Malaysia. TQ

Percaya tak mereka kreatif??

Percaya atau tidak rakyat di negara asia timur adalah rakyat2 yang kreatif. Mereka mampu menghasilkan perlbagai hasil seni yang menarik seperti arca dan lukisan animasi yang menarik. Sebagai bukti di bandar di jepun pelbagai arca yang menarik disusun sebagai landskap. Selain itu, tong sampah mereka juga begitu unik & kreatif yang membuktikan mereka mempunyai pemikiran yang kreatif & berinovasi. Hal ini kerana mereka mempunyai disiplin yang tinggi disamping mentaliti yang disetkan utk mempunyai lain &menjadi terbaik. Bagi sy, di Malaysia juga ramai rakyat yang kreatif tetapi pemikiran mereka telah disekat oleh diri sendiri & persekitaran. Mentaliti segelintir rakyat Malaysia yang suka menjatuhkan org lain menyebabkan suara utk menyatakan kretiviti tersekat begitu sahaja. Pd pendapat sy bg menangani hal ini kita haruslah berfikiran terbuka dan sentiasa ada sikap ingin berubah ke arah lebih baik. Selain itu haruslah juga kita memupuk kesedaran mengenai hal ini terhadap orang lain disekeliling. TQ!!

Thursday 22 September 2011

Seni sesuatu yang meluas..



Bagi sy yang sgt menyukai seni atau lebih kepada sgt2 mencintai seni terbuka hati utk menyatakan bahawa seni bkn sekadar lukisan. Banyak cabang dalam seni. Seni bermaksud halus. Maknanya semua karya atau perbuatan yg halus dan mempunyai kepelbagaian terutamanya nilai estetik merupakan seni. Saya mencintai keseluruhan seni. Antara bidang seni yg sy minat & ingat bergiat dlm seni tersebut ialah "performing art". Sy gembira utk menghiburkan org. Antara hiburan yg mampu sy bagi ialah lakonan, nyanyian, muzik & perlbagai lagi. Kesenian pergerakan dlm martial art juga sgt2 disukai sy malahan rakan2 seperjuangan sy juga. Saya suka menghayati seni kerna seni itu keindah yang gagal diterokai ramai. Insyaallah jika ada peluang sy akan tunjukkan anda video keseniaan sy asalkan anda mahu dan menyokong. Sebagai manusia, jd lah manusia yg berseni kerna org seni adalah org yg kreatif, org yg kreatif org yg berpemikiran "out of the box" & org yg berpemikiran begini sukar dicari. Yang terbilang adalah yg terbaik. Jdlah yg terbaik. TQ..!!
<a href="http://isyeah.net/glitter_text_generator.php" target="_blank" title="Glitter Text Generator"><img src="http://isyeah.net/z/2011Sep/e6cf7f3014725efdd67dc332998c7c5a.gif"   border="0" alt=""/></a>

Lukisan anime japan..


Lukisan anime japan memang sgt disukai ramai di Malaysia terutamanya golongon remaja. Namun begitu, utk menghasilkan satu2 lukisan tersebut amatlah sukar. Saya sendiri pelajar animasi Uitm menghadapi masalah utk menghasilkannye disamping kami cuba mencari identiti kartun Malaysia sendiri. Jadi, bagi sy tidak hairanlah ramai pelukis kartun amatur Malaysia terikut2 dgn cara kartun japan. Saya harap satu hari nanti kita mempunyai identiti kartun sendiri dimana kartunis luar yang akan mengikut identiti kita. TQ.!!

Tuesday 20 September 2011

Fakulti Teknologi kreatif dan artistik, uitm bertukar nama..?

Benar atau tidak fakulti yang terkenal ini akan bertukar nama. Nama baru bagi fakulti ini telah di umumkan oleh dekan fakulti ini pada khamis yang lepas dgn nama yang baru iaitu fakulti teknologi filem, teater & animasi. Fakulti yang dikenali dgn nama TEKA ini dahulu kini dikenali dgn FFTA. Namun begitu, pertukaran nama ini belum disahkan lagi. Pihak fakulti cuma menunggu surat pengesahan sahaja lagi. Fakulti TEKA atau FFTA ini adalah fakulti yg telah mengharumkan nama Malaysia pd festival perfoming art di Holliwood baru-baru. Fakulti yang terletak di Puncak Perdana ini juga merupakan fakulti yg menempatkan tenaga pengajar yang dikenali ramai. Jd, sokong lah keluaran dari fakulti ini. TQ