Search This Blog

Friday 14 October 2011

Assignment Prof Razak...

Pada minggu lepas saya telah disuruh membuat cerita berdasarkan dalam satu gambar dalam kelas prof razak....hasilnya...tercipta lah cerita ini..baca ya...






Kehilangan Gula-gula.
        Adib, seorang bayi yang sangat malang pada ketika ituDia yang kini berusia 6 bulan ½ terpaksa menahan kesedihan yang terlampau akibat kehilangan gula-gula hasil pemberian rakan  karib nya yang juga merupakan jiran, Natasha yang juga berusia 6 bulan 1/2. Dengan tubuh yang kecil, Adib hanya mampu menahan sebak dan menitis air mata. Apa yang mampu dia lakukan lagi selain itu? Hanya ada satu persoalan sahaja dalam hatinya. Mengapa dia yang harus mengalami semua ini? Kehilangan sesuatu yang sgt berharga baginya.
  Kejadian pedih yang menimpa Adib ini bermula pada ssuatu petang dibulan syawal ketika dia bersama ibunya sedang kusyuk bermain PSP di ruang tamu rumah mereka. Tiba-tiba, datang sekujur badan badan kecil yang menyerupai toyol iaitu Natasha yang memberi gula-gula kepada Adib dengan senyuman manis tapi tidak tersusunnya ituAdib sangat gembira dan ibunya juga menumpang gembira keatas keadaan itu. Beserta kalimah kesyukuran, ibu Adib mengambil gula-gula tersebut untuk disimpan bagi pihak Adib. Adib meletakkan kepercayaan keatas ibunya untuk menyimpan gula-gula tersebut.
  Setelah selesai bermain PSP, Adib dengan penuh harapan terus mendapatkan ibunya untuk mendapatkan gula-gulanya itu. Setelah ibunya memberi tahu bahawa gula-gula tersebut berada diatas laci bawah katil, Adib terus meninggalkan ibunya tanpa simpati demi gula-gula tersebut. Tapi apa yang berlaku hanyalah hampa. Gula-gulanya itu gagal ditemui. Tanpa bertanya kepada ibunya dia terus mengalirkan Air mata dan menganggap gula-gulanya dicuri tikus yang kejam.
        Pada ketika perasaan nya sedang bergolakkan, Adib hanya mampu tersenyum sambil mengalirkan air mata. Dia pasrah dengan apa yang berlaku. Mungkin sudah takdir baginya.  Dia hanya beranggapan gula-gula tersebut bukan manis baginya, tetapi pedih dihadapi..Jika hatinya tidak kuat, sudah tentu dia akan berteriakan seperti kanak-kanak tidak dapat gula-gula. Tapi adib mempunyai semangat yang kuat seperti pelajar UiTM ketika menyanyikan lagu UiTM dihatiku. Apa- pun adib percaya, dia harus meneruskan kehidupannya walaupun tanpa gula-gula hasil pemberian Natasha. Mungkin suatu hari ketika dia dewasa nanti akan ada kemanisan yang akan Natasha beri lagi.