Search This Blog

Tuesday 14 February 2012

Tengku Sophia menghina Islam?Kebenarannya...

       Sekian lama saya tidak memperbaharui blog ini, kini saya kembali dengan beberapa pendapat yang patut sy kongsikan kepada anda, anda dan anda sekalian(terasa seperti ini tanggung jawab saya kepada masyarakat). Tidak kira tua atau muda, anda harus membaca sehingga habis untuk pemahaman yang penuh. Baiklah, berhenti untuk mukadimah yang terlalu panjang dan merepek ini kerana saya akan terus masuk kepada topik yang sedang hangat di laman "muka buku" atau pun nama sebenarnya facebook.com di mana masih panas dan hangat isu yang berkaitan dengan beberapa individu yang menghina islam dan negara Malaysia.
       Saya sendiri sebagai rakyat Malaysia serta telah dilahirkan sebagai bangsa melayu yang islam tentu sekali amat sedih dengan keadaan ini. Hal ini ditambah pula dengan nama pemilik akaun twitter/facebook tersebut merupakan nama yang lazim sebagai nama seorang islam di Asia tenggara ini dan penghinaan ini juga di tulis dalam bahasa Melayu dan kadang kala ada penggunaan ayat yang merupakan "loghat" dari seberang(indonesia). Bagi mencari kepastiaan mengenai isu ini(ya lah, isu ni pun tahu dalam FB dimana rakan2 menghantar gambar2 post dimana ada individu yg menhina islam) sy telah mengkaji beberapa blog dan pendapat orang ramai. Walaupun kajian saya agak tidak mendalam, namun agak berguna juga lah.
          Kebanyakkan pembaca pasti kenal dengan pengguna FB/twitter Tengku Sophia ini. Pengguna yang bernama TS(tengku Sophia) ini dikatakan menghina islam. Walaupun namanya ala2 muslim, namun dia sibuk menghina islam dan mengutuk ajaran2 islam. Gambar-gambar yang digunakan oleh TS ini pula menunjukkan wajahnya pastinya dapat kita lihat di persekitaran kita(malaysia atau indonesia). Jadi ini nyata menunjukkan dia rakyat antara dua negara ini bukan? A,a,a....jgn mudah melatah anda, anda dan anda semua. Ada beberapa persoalan yang dapat bermain di minda saya kerana bagi saya mengambil keputusan kepada sesuatu yang kita lihat sahaja seperti menelan tanpa mengunyah. Apa yang saya pikirkan ialah jika benar individu(mungkin sekumpulan) ialah orang yang bukannya palsu, kenapa dia berani melakukan hal ini. Daripada bahasa dan gambarnya, seperti tidak kena dengan personalitinya dan secara individu saya rasa TS ini takkan lama bertahan jika benar dia adalah orang yang benar2 melakukannya. Selain itu, agak terpikir juga saya, kenapa seorang remaja wanita perlu membangkitkan isu ini jika hal ini membahayakan diri nya sendiri. Jadi, setelah meneliti dan mengkaji, ada yg mengatakan akaun TS ini telah dihack dan terdapat akaunnya barunya yang asli. Kalau benarlahkan, alhamdulillah la. Tapi sungguh kasihan kepada tuan punya badan. Ada juga yang menyatakan dengan yakinnya(walaupun tanpa bukti) TS tidak wujud dan merupakan sekumpulan yang nak memecah belahkan keadaan. Wah..ini agak kejam.
              Apa-apa pun kepada pembaca, saya harap anda dapat mengkaji dahulu sebelum melatah dan memaki. Jadilah insan beriman yang tidak mudah dipengaruhi emosi. Berfikir menggunakan akal, bukan emosi(emo). Dan jika ada infomasi-insormasi yang boleh dikongsui, tolonglah kongsi disini bersama saya.


~pada mulanya nak uploadkan gambar-gambar status TS ni yang menghina islam dan beberapa status biasanya(anda dapat lihat perbezaan penggunaan bahasa dan ayat oleh TS, pelik bukan?), tibe2 jadi sedih pula.


~TS ini juga dikatakan menghina negara Malaysia!!


Disini terdapat beberapa link yang mungkin boleh menjadi rujukan anda :


http://fitrihadi.com/2011/12/akaun-twitter-tengku-sophia-palsu-aniaya/
http://kancut-beringas.blogspot.com/2012/02/misteri-tengku-sophia-si-setan-twitter.html?m=1


~ JANGAN MUDAH MEMAKI DAN MELATAH...SAPE YANG KONON NAK PANCUNG KEPALA TS TU PIKIR BETUL2...JANGAN TELAN NASIK TANPA KUNYAH(FALSAFAH BARU)

4 comments:

  1. Mulakan perbincangan disini..rajin2 lah menberi pendapat walaupun ini bkn soal art, tetapi ini soal tanggung jwb kte bersama..:)

    ReplyDelete
  2. Maaf jika penulisan saya kurang menarik..apa yang pasti sy hendakkan ialah menyampaikan info..:D
    hehe...btw..tolonglah tinggalkan pendapat dan jgn sesekali mudah melatah...

    ReplyDelete
  3. sy rasa bnda ni ptut dikaji n semua pihak haruslah mnyiasat tntang perkara ini sdalam2 nya..kes ni mlibatkan nyawa n bagi semua umat islam diharapkan bersabar n jangan bertindak mlulu..peace no war!!

    ReplyDelete
  4. btol2..sebelum perkara yg lebih besar berlaku..sape tau..mungkin perbalahan antara negara..

    ReplyDelete